SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG TING KIEW MEE

Thursday, November 4, 2010

1.6 Rujukan

Mok Soon Sang. 1988. Penyuburan Dan Perkaedahan Matematik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 1994. Matematik KBSR Dan Strategi Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat. 2010. HBMT2103 Teaching Mathematics In Year Two. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Rabiatol Adawiyah Binti Hashim, Yap Poh Moi, Cho Kin Tong & Tan Kim Pee. 2003. Mathematics Year 2: Activity Book Part 2. Selangor: Mutl Media Synergy Corporation Berhad.

Rabiatol Adawiyah Binti Hashim, Yap Poh Moi, Cho Kin Tong & Tan Kim Pee. 2003. Mathematics Year 2: Text Book Part 2. Selangor: Mutl Media Synergy Corporation Berhad.

1.5 Kesimpulan

Kesimpulan, salah tanggapan terhadap kapasiti dalam menelaah pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair boleh ditangani dengan mudah sekiranya guru mampu mengintegrasikan bahan bantu mengajar secara berkesan dengan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dan berinovatif selaras dengan tingkat penerimaan dan penaakulan minda pemikiran di kalangan murid-murid Tahun 2 yang boleh digolongkan kepada yang berpencapaian tinggi dan yang berpencapaian rendah, yakni dengan cara melangsungkan pengajian kapasiti mahupun isipadu cecair dengan cara menggunakan perbandingan langsung.  Dengan cara sebegitulah murid-murid yang berumur 8 tahun ini mempelajari dan seterusnya mengkonseptualisasikan pemahaman holistik terhadap kapasiti dan hubung-kaitnya dengan isipadu cecair secara lebih berkesan lagi.  Lantasnya, persoalan permasalahan tanggapan yang salah terhadap kapasiti di kalangan murid-murid Tahun 2 tidak akan timbul, malah boleh ditangani dan diselesaikan dengan mudah sekiranya cara serta proses yang betul dilangsungkan dalam keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4 Bahan Bantu Mengajar Dan Aktiviti Pengajaran Yang Bersesuaian Bagi Murid-Murid Tahun 2 Yang Berpencapaian Tinggi

Bahagian ini akan hanya membincangkan tajuk pengajaran isipadu cecair dengan menguna-pakai pilihan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan aktiviti pengajaran bagi murid-murid Tahun 2 yang berpencapaian tinggi.  Dalam hal ini objektif pengajaran yang ditetapkan ialah diharap di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat menyukat isipadu cecair secara sebarangan, memahami bilangan sukatan adalah tidak sama jika alat penyukat yang berlainan digunakan untuk mengisi cecair dalam sesuatu ruang dan dapat menyukat isipadu dengan menggunakan unit mℓ dan ℓ.  Untuk itu, bahan bantu mengajar yang akan digunakan termasuklah mesin tayangan multimedia, papan hitam, botol, cawan, tin susu, air berwarna, gelas, silinder 1 liter, silinder 100 mililiter, mangkuk kecil, botol ubat, baldi-baldi plastik dan lembaran kerja.  Kesemua bahan bantu mengajar seumpama ini didapati memenuhi kesemua kriteria kerana ianya dapat dicari dan dilaksanakan dalam persekitaran sebenar, jimat dari segi kewangan, sesuai diguna-pakai pada semua peringkat murid-murid dan ianya berhubung-kait rapat serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid-murid (Mok Soon Sang 1988: 126).

            Aktiviti pengajaran dimulakan dengan tayangan video kartun yang direka-khas untuk kanak-kanak oleh Peter Weatherall melalui tajuk “Measuring Volume by Peter Weatherall” yang dimainkan melalui watak-watak kartun teko dan kartun kacang hijau dalam membuat ukuran isipadu air pada pengukur silinder bersenggat.  Guru harus menerangkan bahawa air sebenarnya boleh diukur jumlah kandungannya sekiranya menggunakan alat yang betul.

            Ini diikuti dengan aktiviti pengajaran set induksi yang boleh dilangsungkan oleh guru ialah menunjukkan silinder, gelas dan botol ubat yang diisikan dengan air berwarna lalu disuruh murid-murid menyebut yang mana satu ada air berwarna yang terkurang dan yang mana satu ada air berwarna yang banyak sekali.  Rajah 1.7 menunjukkan kuantiti kandungan air berwarna berlainan dalam botol ubat, gelas dan silinder (Mok Soon Sang 1994: 223).

Rajah 1.7  Kuantiti Kandungan Air Berwarna Berlainan Dalam Botol Ubat, Gelas Dan Silinder

Dari sini guru meneruskan aktiviti sampingan lain dengan memperkenalkan perkataan “lebih daripada” dan “kurang daripada” kepada murid-murid dengan bertanyakan beberapa soalan seperti di bawah dengan berpandukan kepada isi kandungan air berwarna yang ada pada gelas dan silinder tadi dengan merujuk kepada gambar-gambar di dalam Rajah 1.7.

(a)    Yang manakah yang mempunyai air yang lebih?
Jawapannya ialah gelas.

(b)   Yang manakah yang mempunyai air yang kurang?
Jawapannya ialah silinder.

(c)    Gelas mempunyai air yang ______ daripada silinder?
Jawapannya ialah “lebih”.

(d)   Siliner mempunyai air yang ______ daripada gelas?
Jawapannya ialah “kurang”.

            Setelah selesai aktiviti ini maka guru perlu meneruskan aktiviti pengajaran perkembangan secara khusus dalam usaha mengenal konsep isipadu cecair pada murid-murid Tahun 2 yang berpencapaian tinggi ini.  Dalam hal ini murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan harus dihantar seorang wakil, yakni tugas wakil ini pula harus mengisi air berwarna dalam silinder besar dengan menggunakan alat menyukat yang berlainan.  Ini bermakna Kumpulan A harus mengisi air berwarna dengan menggunakan tin susu dan Kumpulan B pula harus mengisi air berwarna dengan menggunakan botol ubat, manakala Kumpulan C pula mengisi air berwarna dengan menggunakan sebiji gelas dan Kumpulan D pula harus mengisi air berwarna dengan menggunakan cawan.  Kemudiannya, murid-murid setiap kumpulan disuruh merekodkan bilangan sukatan sama dalam unit mℓ dan ℓ yang digunakan untuk mengisi air berwarna dalam silinder besar itu ke dalam Jadual 1.1.  Hasil daripada aktiviti ini guru harus membimbing murid-murid membuat kesimpulan terakhir bahawa “bilangan sukatan adalah tidak sama seandainya alat penyukat yang berlainan digunakan untuk mengisi cecair dalam sesuatu ruang” (Mok Soon Sang 1994: 223).

Jadual 1.1  Bilangan Sukatan Unit mℓ Dan ℓ Berdasarkan Alat Penyukat Mengikut Ahli Kumpulan Murid

Ahli Kumpulan Murid
Alat Penyukat
Bilangan Sukatan
Kumpulan A
Tin Susu

Kumpulan B
Botol Ubat

Kumpulan C
Gelas

Kumpulan D
Cawan


            Selepas itu, guru meneruskan aktiviti pengajaran lain dalam usaha membantu murid-murid mengenal dan menamakan unit piawai liter serta simbolnya sekaligus.  Untuk ini guru harus menunjukkan satu silinder yang telah diisikan dengan air berwarna 1 liter lalu menerangkan kepada murid-murid sehingga mereka mempunyai alam kesedaran serta mampu menyebut bahawa “Banyaknya air berwarna dalam silinder itu ialah sebanyak 1 liter, yakni tidak lebih ataupun terkurang sukatannya” (Mok Soon Sang 1994: 223).  Rajah 1.8 menunjukkan satu silinder yang mengandungi 1 liter air berwarna.  Sehubungan ini guru harus menulis simbol liter sebagai ℓ di papan hitam lalu membimbing murid-murid menulis bersama di buku kerja masing-masing.

Rajah 1.8  Satu Silinder Yang Mengandungi 1 Liter Air Berwarna

            Setelah didapati kesemua murid-murid sudah pandai menulis simbol liter sebagai ℓ, maka guru pula meneruskan aktiviti pengajaran lain dengan membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan, yakni setiap kumpulan diberikan satu baldi plastik dengan saiz yang berlainan.  Lantaran itu, terlebih dahulu murid-murid diarah membuat anggaran isipadu hasil daripada pemerhatian dan penelitian yang ada sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1.9 yang menunjukkan empat baldi plastik yang mempunyai saiz yang berlainan.  Murid-murid ini disuruh mencatat anggaran isipadu tersebut ke dalam lembaran kerja masing-masing.  Kemudiannya, setiap kumpulan menghantar seorang wakil masing-masing dengan tugasan mengisikan air dalam baldi itu dengan menggunakan silinder bersenggat 1 liter dan seterusnya mencari jawapan berapakah liter air yang boleh dimuatkan ke dalam keempat-empat baldi plastik yang berlainan saiznya (Mok Soon Sang 1994: 224).  Selepas aktiviti mengisi ini murid-murid disuruh merekodkan keputusan sebenar isipadu tersebut ke dalam lembaran kerja masing-masing.

Rajah 1.9  Baldi-Baldi Plastik Yang Pelbagai Saiz

            Sehubungan ini guru harus meneruskan aktiviti pengajaran lain dalam usaha membantu murid-murid mengenal dan menamakan unit piawai mililiter serta menulis simbolnya sekaligus.  Untuk itu, guru harus menggunakan satu silinder bersenggat 100 mℓ untuk mengisi air berwarna dalam silinder bersenggat 1 liter lalu menerangkan kepada murid-murid air berwarna dalam silinder kecil itu hanya mengandungi 1/10 air daripada silinder bersenggat 1 liter.  Rajah 1.10 menunjukkan silinder bersenggat 1 liter dan 100 mililiter.  Ini disusuli dengan langkah guru membimbing murid-murid meneliti kedua-dua senggat tersebut pada silinder 100 mℓ sehingga murid-murid boleh menyebut bahawa “Silinder kecil yang digunakan ini adalah bertujuan menyukat cecair yang kurang daripada 1 liter” mahupun dalam cara sebutan yang lain “Unit piawai yang digunakan ialah mililiter dengan simbolnya mℓ” ataupun “1ℓ cecair adalah sama dengan 1000 mℓ” (Mok Soon Sang 1994: 224-225).

Rajah 1.10  Silinder Bersenggat 1 Liter (ℓ) Dan 100 Mililiter (mℓ)

            Setelah kemampuan menguasai sebutan liter dan mililiter, guru meneruskan aktiviti dengan membahagikan murid-murid yang berpencapain tinggi ini kepada empat kumpulan, di mana setiap kumpulan akan diberikan satu silinder bersenggat 1 liter serta beberapa bekas lain yang meliputi cawan, mangkuk kecil, botol ubat, tin susu dan gelas untuk membolehkan mereka mencari isipadu airnya dalam unit simbol mℓ (Mok Soon Sang 1994: 225).  Rajah 1.11 menunjukkan sampel perkakasan yang digunakan dalam aktiviti ini.  Setelah aktiviti menyukat dilakukan oleh murid-murid, guru pun menyuruh mereka merekodkan keputusan mereka ke dalam jadual lembaran kerja mereka.  Jadual 1.2 menunjukkan sampel jadual lembaran kerja murid-murid.

Rajah 1.11  Perkakasan Silinder Bersenggat 1 Liter, Cawan, Tin Susu, Mangkuk Kecil, Botol Ubat Dan Gelas


Jadual 1.2  Jadual Lembaran Kerja Murid-Murid Mengikut Kumpulan

Ahli
Isipadu Cecair (mℓ) Dalam

Kumpulan
Cawan
Tin Susu
Mangkuk
Botol Ubat
Gelas
A





B





C





D





            Setelah aktiviti ini selesai, guru perlu menyediakan satu atur cara permasalahan matematik yang berkaitan dengan penggunaan liter kepada murid-murid untuk memastikan mereka benar-benar faham dan tahu cara menggunakannya dengan betul dalam menyelesaikan masalah harian.  Dalam hal ini guru menuju permasalahan soalan yang berbunyi “Seorang tukang cat yang bernama Ali memerlukan 14 liter cat putih untuk mengecat tingkap-tingkap dan 8 liter cat biru lagi untuk mengecat pintu-pintu rumah.  Jadi berapakah liter cat yang mesti dibeli oleh Ali untuk kerja seumpama itu?”.  Guru harus menyuruh murid-murid membaca soalan ini bersama-sama yang telah ditulis di papan hitam lalu memastikan murid-murid membacanya dengan teliti serta faham akan kehendak soalan.  Setelah itu, guru terus membimbing murid-murid menyelesaikan masalah itu dengan langkah-langkah yang dipermudahkan cara penyelesaiannya sepertimana ditunjukkan di dalam Jadual 1.3 (Mok Soon Sang 1994: 225-226).  Guru perlu meronda untuk memberi tunjuk-ajar kepada murid-murid.

Jadual 1.3  Langkah-Langkah Penyelesaian Dipermudahkan Dalam Bentuk Matematik Berperkataan


Pastikan Kehendak Soalan

Pastikan maklumat yang diberi : cat putih sebanyak 14 liter (ℓ) dan cat biru sebanyak 8 liter (ℓ)

Pastikan jawapan yang dikehendaki : jumlah cat yang diperlukan

Pastikan operasi penyelesaian matematik : operasi tambah


Cara Penyelesaian Matematik

Selesaikan :     cat putih          14 liter
                        cat biru        +   8 liter
                                            -----------
                                               22 liter
                                            =======

Jawapannya : 22 liter atau 22 ℓ


            Dalam aktiviti pengajaran yang terakhir, guru membuat rumusan pengajaran isipadu cecair dan hubung-kaitnya dengan kapasiti.  Guru mengemukakan soalan kuiz mudah dengan berlandaskan aktiviti-aktiviti yang telah dibuat sebagai penutup pengajaran dan pembelajaran.  Murid-murid yang dapat menjawab soalan akan diberi ganjaran.

            Hasil penelitian dan penganalisisan ke atas kesemua aktiviti pengajaran yang telah dirumuskan ke atas murid-murid Tahun 2 berpencapaian tinggi ini didapati menarik, berkesan, lebih bersifat duniawi dan mengambil contoh-contoh pengajaran dunia sebenar.  Selain itu, aktiviti pengajaran yang dilangsungkan itu menitikberatkan penglibatan murid-murid dari proses penyediaan hinggalah proses penyesalaian masalah berbangkit, yakni penglibatan murid-murid adalah amat tinggi.  Sesungguhnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini agak memeras minda pemikiran murid-murid Tahun 2 tetapi didapati sesuai diguna-pakai dan dilaksanakan di kalangan mereka yang mempunyai pencapaian yang tinggi.  Lantasnya, yang penting objektif pengajaran tercapai sepenuhnya selaras dengan tingkat penerimaan dan penaakulan murid-murid Tahun 2 yang berpencapaian tinggi.

1.3 Bahan Bantu Mengajar Dan Aktiviti Pengajaran Yang Bersesuaian Bagi Murid-Murid Tahun 2 Yang Berpencapaian Rendah

Bahagian ini akan hanya membincangkan tajuk pengajaran isipadu cecair dengan menguna-pakai pilihan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan aktiviti pengajaran bagi murid-murid Tahun 2 yang berpencapaian rendah.  Dalam hal ini objektif pengajaran yang ditetapkan ialah diharap di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat memahami dan menggunakan kosa kata yang berkaitan dengan isipadu cecair, di samping mampu menyebutkan gelas mana yang lebih air berbanding dengan gelas yang lain.  Untuk itu, bahan bantu mengajar yang akan digunakan termasuklah mesin tayangan multimedia, papan hitam, buku teks, bekas-bekas, gelas-gelas, botol-botol dan lembaran kerja.  Kesemua bahan bantu mengajar seumpama ini didapati memenuhi kesemua kriteria kerana ianya dapat dicari dan dilaksanakan dalam persekitaran sebenar, jimat dari segi kewangan, sesuai diguna-pakai pada semua peringkat murid-murid dan ianya berhubung-kait rapat serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid-murid (Mok Soon Sang 1988: 126).

            Aktiviti pengajaran dimulakan dengan tayangan video kartun yang direka-khas untuk kanak-kanak oleh Peter Weatherall melalui tajuk “Measuring Volume by Peter Weatherall” yang dimainkan melalui watak-watak kartun teko dan kartun kacang hijau dalam membuat ukuran isipadu cecair pada pengukur silinder bersenggat.  Guru harus menerangkan bahawa air sebenarnya boleh diukur jumlah kandungannya sekiranya menggunakan alat yang betul.

            Ini diikuti dengan aktiviti pengajaran set induksi yang boleh dilangsungkan oleh guru ialah memulakan jalan cerita tentang Ami ada sebotol jus oren di mana Ami memberi setengah jus oren kepada adik perempuannya.  Namun adiknya mendapati setengah botol jus oren tersebut boleh dituang penuh ke dalam sebuah gelas.  Sambil bercerita guru harus mendemonstrasikan sebotol jus oren dituang ke dalam sebuah gelas.  Setelah bercerita guru perlu menulis seluruh jalan cerita ini di papan hitam dan mengulangi jalan cerita ini untuk memastikan kesemua murid-murid faham akan isi jalan ceritanya.  Setelah itu, guru turut berbincang isi kandungan dengan murid-murid dengan bertanyakan tiga soalan seperti berikut:-

(a)    Apakah yang dua orang adik-beradik sedang buat?
Jawapannya ialah dua orang adik-beradik sedang berkongsi minuman bersama-sama.

(b)   Kenapakah mereka berbuat demikian?
Jawapannya ialah kerana mereka sayang-menyayangi antara satu sama lain.

(c)    Berapakah air yang kita perlu minum setiap hari?
      Jawapannya ialah kita perlu minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari supaya badan kita senantiasa jadi sihat dan kuat.

            Setelah aktiviti bercerita ini selesai, guru perlu menerangkan bahawa oren jus yang diminum oleh dua orang adik-beradiknya itu sebenarnya merupakan salah satu cecair.  Guru perlu menerangkan dengan lebih jelas lagi bahawa air, minyak dan susu juga merupakan cecair.  Ini untuk memastikan supaya minda murid-murid tidak terbatas makna cecair hanya kepada bekas air minuman oren sahaja, tetapi meliputi juga air, minyak dan susu.  Ini seterusnya, guru harus memperkenalkan tajuk yang akan diajar, iaitu isipadu cecair.

            Untuk itu, guru meneruskan aktiviti lain dengan menunjukkan gelas pertama yang penuh dengan air lalu meminta murid-murid mengikut guru menyebut perkataan yang dipaparkan di atas papan hitam (Rabiatol Adawiyah Binti Hashim, Yap Poh Moi, Cho Kin Tong & Tan Kim Pee 2003: 55).  Rajah 1.1 menunjukkan gelas yang penuh dengan air.

Rajah 1.1  Gelas Ini Penuh Dengan Air


            Setelah itu, guru menunjukkan gelas yang kedua yang hanya mengandungi setengah kandungan air di dalam gelas tersebut.  Lalu murid-murid diminta membaca perkataan yang dipaparkan di atas papan hitam.  Rajah 1.2 menunjukkan gelas yang separuh air.

Rajah 1.2  Gelas Ini Separuh Air


            Seterusnya, guru menunjukkan gelas yang ketiga, iaitu sebuah gelas kosong yang langsung tiada sebarang kandungan air di dalamnya.  Lalu murid-murid diminta menyebut perkataan yang dipaparkan di atas papan hitam.  Rajah 1.3 menunjukkan gelas yang tiada air.

Rajah 1.3  Gelas Ini Kosong


Guru meneruskan aktiviti lain dengan memperkenalkan perkataan “lebih daripada” dan “kurang daripada” kepada murid-murid dengan bertanyakan beberapa soalan seperti di bawah (Rabiatol Adawiyah Binti Hashim, Yap Poh Moi, Cho Kin Tong & Tan Kim Pee 2003: 75).  Rajah 1.4 menunjukkan Gelas A mempunyai air yang lebih daripada Gelas B dan Gelas B mempunyai air yang kurang daripada Gelas A.  Guru turut berbincang dengan murid-murid dengan bertanyakan empat soalan di bawah dengan berpandukan kepada gambar-gambar dalam Rajah 1.4.

(a)    Gelas manakah yang mempunyai air yang lebih?
Jawapannya ialah Gelas A.

(b)   Gelas manakah yang mempunyai air yang kurang?
Jawapannya ialah Gelas B.

(c)    Gelas A mempunyai air yang ______ daripada Gelas B?
Jawapannya ialah “lebih”.

(d)   Gelas B mempunyai air yang ______ daripada Gelas A?
Jawapannya ialah “kurang”.

Rajah 1.4  Gelas A Mempunyai Air Yang lebih Daripada Gelas B Manakala Gelas B Mempunyai Air Yang Kurang Daripada Gelas A


            Setelah mengenali kosa kata isipadu cecair, guru seterusnya menunjukkan bekas-bekas dan meminta murid-murid mengelaskan bekas-bekas itu ke dalam perkataan penuh, iaitu sama ada setengah ataupun penuh.  Setelah itu, guru turut meminta murid-murid meneliti setiap bekas air lalu diminta murid satu demi satu datang ke depan menyebut terlebih dahulu dan kemudian mengisi huruf-huruf perkataan “penuh”, “separuh” dan ‘kosong” di dalam lembaran kerja.  Setelah aktiviti ini dijalankan, guru perlu meminta murid-murid menyebutkan isipadu setiap bekas.  Rajah 1.5 menunjukkan lembaran kerja gambar pelbagai bekas yang mempunyai isipadu cecair yang berlainan.

Rajah 1.5  Lembaran Kerja Gambar Bekas-Bekas Yang Mempunyai Isipadu Cecair Yang Berlainan


            Setelah itu, guru meneruskan pengajaran dengan membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan untuk menjalankan aktiviti mengisi kosa kata isipadu cecair.  Rajah 1.6 menunjukkan bekas isipadu cecair yang berlainan.  Dalam hal ini guru perlu menerangkan cara-cara aktiviti ini diljalankan.  Semasa aktiviti ini dijalankan, guru perlu meronda untuk memberi bimbingan kepada setiap kumpulan supaya aktiviti ini dijalankan dengan baik dan lancar.  Setelah aktiviti ini dijalankan, guru perlu menyemak jawapan dan memberi galakan kepada setiap kumpulan.  Untuk itu, guru sekali lagi perlu menekankan bahawa kita mesti minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari demi kesejahteraan kesihatan diri sendiri kerana air amat penting untuk tumbuh badan kita.
Rajah 1.6  Aktiviti Isi Kosa Kata Bagi Bekas Isipadu Cecair Yang Berlainan


            Setelah ini selesai, guru perlu mengagihkan lembaran kerja kepada murid-murid untuk membuat latihan mengikut tahap pemahaman dan penguasaan murid-murid.  Guru turut menekankan sekali lagi bahawa air amat penting untuk kita semua.  Guru perlu meronda untuk memberi bimbingan kepada murid-murid, terutamanya murid-murid yang berkategori lemah.  Guru harus juga memberi latihan pengayaan kepada murid-murid untuk menguasai kemahiran ini.

            Dalam aktiviti pengajaran yang terakhir, guru membuat rumusan pengajaran isipadu cecair dan hubung-kaitnya dengan kapasiti.  Guru mengemukakan soalan kuiz mudah dengan berlandaskan aktiviti-aktiviti yang telah dibuat sebagai penutup pengajaran dan pembelajaran.  Murid-murid yang dapat menjawab soalan akan diberi ganjaran.

            Hasil penelitian dan penganalisisan ke atas kesemua aktiviti pengajaran yang telah dirumuskan ke atas murid-murid Tahun 2 berpencapaian rendah ini didapati menarik, berkesan, lebih bersifat duniawi dan mengambil contoh-contoh pengajaran dunia sebenar.  Selain itu, aktiviti pengajaran yang dilangsungkan itu menitikberatkan penglibatan murid-murid dari proses penyediaan hinggalah proses penyesalaian masalah berbangkit, yakni penglibatan murid-murid adalah amat tinggi.  Sesungguhnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini agak bersifat  terus-menerus dengan hanya memerlukan pemikiran rasional minda pemikiran murid-murid Tahun 2 tetapi didapati sesuai diguna-pakai dan dilaksanakan di kalangan mereka yang mempunyai pencapaian yang rendah.  Lantasnya, yang penting objektif pengajaran tercapai sepenuhnya selaras dengan tingkat penerimaan dan penaakulan murid-murid Tahun 2 yang berpencapaian rendah.