SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG TING KIEW MEE

Thursday, November 4, 2010

1.1 Pengenalan

Sebahagian murid-murid mempunyai tanggapan yang salah terhadap kapasiti apabila menelaah matapelajaran matematik yang berkaitan dengan tajuk pengajaran isipadu cecair khususnya mencari jawapan yang mana satu akan menampung lebih banyak apabila berhadapan dengan usaha membandingkan kapasiti dua bekas.  Kebiasaanya murid-murid akan mengambil-kira dalam membandingkan elemen ketinggian kedua-dua bekas tersebut, yakni mengabaikan pemerhatian dan pemahaman akan intipati kapasiti itu sendiri.  Ini memandangkan kebanyakan murid-murid datang ke sekolah dengan beberapa konsep tentang ukuran panjang serta beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya.  Mereka mempunyai pengetahuan dan idea yang teramat sedikit tentang kapasiti.  Sementara persepsi perbandingan boleh dibuat di antara dua bekas, murid-murid sering membuat perbandingan pada panjang (dengan tepat lagi ketinggiannya) daripada kapasiti.  Apabila ditanya yang mana satu memegang lebih sama ada bekas yang tinggi/panjang ataupun bekas yang rendah/pendek, kebanyakan murid-murid akan memilih bekas yang lebih tinggi sesungguhnya sebenarnya yang memegang lebih banyak ialah bekas yang rendah/pendek.  Oleh yang demikian, seorang guru harus lebih berhati-hati dan serba tahu tentang isu persoalan salah faham tanggapan oleh sebahagian murid-murid tentang kapasiti (Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat 2010: 169).  Lantasnya, cara terbaik melangsungkan pengajaran dan pembelajaran tentang matapelajaran isipadu cecair ialah dengan memulakan pengajian kapasiti dengan menggunakan perbandingan langsung.

            Lantaran itu, perbincangan akan didahulukan dengan memilih satu video daripada internet yang menunjukkan bagaimana isipadu cecair diukur dalam bekas silinder bersenggat.  Ini untuk memastikan supaya murid-murid mempunyai kebangkitan alam kesedaran bahawa silinder bersenggat tersebut terdapat ruang ukuran tampungannya.  Oleh itu, bahan bantu mengajar dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian perlu dirangka dengan sebaik-baiknya.  Lantasnya, perbincangan akan disusuli dengan membina dua set bahan bantu mengajar yang boleh diaplikasikan bagi murid-murid Tahun 2 dalam usaha membantu mereka mempunyai kefahaman tentang kapasiti dengan lebih baik lagi.  Berdasarkan kepada bahan bantu mengajar ini pula maka diselitkan dua aktiviti pengajaran yang berlainan standard bagi dua golongan murid-murid, yakni bagi murid-murid yang  berpencapaian rendah dan yang satu lagi bagi murid-murid yang berpencapaian tinggi.  Ini bermakna perbincangan akan didahulukan dengan bahan bantu mengajar serta aktiviti pengajaran yang bersesuaian bagi murid-murid Tahun 2 yang berpencapaian rendah dan ini pula disusuli dengan perbincangan tentang bahan bantu mengajar serta aktiviti pengajaran yang bersesuaian bagi murid-murid Tahun 2 yang berpencapaian tinggi.

No comments:

Post a Comment