SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG TING KIEW MEE

Thursday, November 4, 2010

1.2 Video Internet "Youtube" Tentang Isipadu Cecair Diukur Melalui Pengukur Silinder

Bahagian ini akan menerangkan pemilihan satu video melalui internet yang menunjukkan bagaimana isipadu cecair diukur melalui pengukur silinder bersenggat, di samping menjelaskan perjalanan isi cerita video tersebut.  Setelah dicari-cari di dalam internet “Youtube” akhirnya penulis berkeputusan memilih video kartun yang direka-khas untuk kanak-kanak oleh Peter Weatherall melalui tajuk “Measuring Volume by Peter Weatherall”.  Rasionalnya pemilihan video kartun seumpama ini dipilih kerana didapati murid-murid Tahun 2 yang masih berusia 8 tahun ini masih tergolong dalam zaman pemikiran imaginasi kanak-kanak, maka tahap penerimaan dan penaakulan amat tinggi sekiranya mesej yang ingin disampaikan melalui tayangan video berkartun yang bermuzik dan bersuara penyampaian mesej melalui percakapan iringan muzik.  Murid-murid akan lebih mudah dan cepat menerima mesej isi kandungan dan melalui inilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan lebih lancar lagi.

            Video 1.1 di bawah menunjukkan watak kartun teko dan watak kacang hijau bekerjasama mengisi air ke dalam silinder bersenggat lalu mengira isipadu cecair sehingga mencapai isian sebanyak 600 mililiter.

Video 1.1  Pengukuran Isipadu Cecair Melalui Silinder Bersenggat Oleh Peter Weatherall



            Hasil penelitian video ini didapati jalan ceritanya ringkas dan mudah difahami kerana video dimulakan dengan gambar watak kartun teko berwarna kelabu dan watak kartun kacang hijau berjalan keluar mendekati satu unit silinder bersenggat kosong yang besar dan tinggi saiznya yang ruang kapasitinya mampu diisi sebanyak 700 mililiter (mℓ).  Ini seterusnya dilontarkan nyanyian lagu oleh kartun teko bahawa “Anda boleh memberitahu berapa yang anda ada atau apa-apa saja sekiranya anda mempunyai instrumen/alat untuk mengukur”.  Kartun teko seterusnya memberitahu bahawa “Hari ini dia akan mendapatkan bantuan Jumping Jelly-Bean untuk mengisi air sebanyak 600 mililiter (m) ke dalam pengukur silinder yang digunakan untuk mengukur isipadu cecair”.

Setelah dituang air sebanyak 250 mℓ, kartun teko melontar soalan “Berapakah air yang ada sekarang?”.  Jawabnya oleh kartun kacang hijau ialah sebanyak “250 mℓ”.  Setelah didengar oleh kartun teko akan jawapan yang diberikan oleh kartun kacang hijau, maka kartun teko pun faham lalu berkata bahawa “Dia perlu menambah lebih banyak air lagi”.  Lantasnya, kartun teko menambah air sebanyak 300 mℓ ke dalam pengukur silinder bersenggat lalu melontarkan soalan kali kedua akan “Berapakah ia sekarang?”.  Jawabnya oleh kartun kacang hijau lagi ialah “550 mℓ”.  Setelah didengar oleh kartun teko akan jawapan kedua kali yang  diberikan oleh kartun kacang hijau, maka kartun teko pun faham lalu berkata bahawa “Dia perlu menambah sebanyak 50 mℓ lagi”.  Oleh itu, kartun teko pun menambah air sebanyak 50 mℓ lagi ke dalam pengukur silinder bersenggat lalu melontarkan soalan kali ketiga akan “Berapakah ia sekarang?".  Jawabnya oleh kartun kacang hijau lagi ialah “600 mℓ”.  Kartun teko didapati amat gembira setelah didengar jawapan yang diberikan oleh kartun kacang hijau lalu berkata bahawa “Dia telah berjaya melakukannya kerana dia telah mengisi sebanyak 600 mℓ air secara tepat ke dalam pengukur silinder bersenggat itu”.  Begitulah menariknya jalan cerita video ini yang diakhiri dengan kartun kacang hijau berkata bahawa “Dia turut membantu dalam hal ini”.

            Video kartun ini didapati amat berkesan dalam menyampaikan mesej bahawa pengukur silinder bersenggat merupakan alat mengukur isipadu air, yakni turut mengukur kapasiti tampungan alat tersebut.  Setiap kali air ditambah ke dalam pengukur silinder bersenggat tersebut turut menunjukkan kapasiti tampungan air kian meningkat sehinggalah mereka berjaya mencapai matlamat yang hanya memerlukan sebanyak 600 mℓ air pada pengukur silinder tersebut.

Jelasnya video ini didapati memenuhi kesemua syarat iaitu video ini menunjukkan secara jelas dan setiap langkah proses secara mendalam dari segi mengukur isipadu cecair melalui cara menambah air sehingga mendapatkan isipadu air yang dikehendaki, di samping metod yang digunakan didapati jelas dihuraikan semasa permulaan video yakni menggunakan pengukur silinder bersenggat dalam mengukur isipadu cecair.  Kesemua proses-proses dan langkah-langkah didapati dijelaskan dengan baik dan mudah difahami oleh murid-murid Tahun 2.

No comments:

Post a Comment